1.
Kadang-kadang ada jin yang datang
sambil memekik, mengamcam dan berjanji. Dalam menghadapi hal ini janganlah anda
takut, akan tetapi pukullah dia dan berilah pelajaran kepadanya, mudah-mudahan
dengan izin Allah, jin tersebut akan diam.
2.
Kadangkala jin itu mencaci-maki anda,
maka janganlah anda marah kepadanya.
3.
Kadangkala jin itu memuji anda,
bahawa andalah orang yang yang soleh dan dia akan keluar demi menghormati anda.
Apabila mendengar perkataan yang demikian ini, maka hendaklah anda katakan:
"Aku adalah seorang hamba yang lemah, keluarlah engkau kerana taat kepada
perintah Allah dan Rasul-Nya."
4.
Kadangkala ada pula jin pengganggu
itu membantah. Dalam menghadapi hal ini hendaklah anda ambil setengah gelas air
kemudian dekatkanlah air itu ke mulut anda dan bacakanlah ayat-ayat Al-Qur'an
iaitu: Sursh Yasin, As-Shaffat, Ad-Dukhan dan Al Jin. Selepas itu siramilah air
tersebut kepadanya, maka jin tersebut akan merasa kesakitan serta patuh kepada
anda dengan izin Allah, dia akan keluar dari tubuh orang tersebut.
5.
Jika anda ingin tahu tentang akidah
jin tersebut tanpa menanyakannya, maka bacakanlah kepadanya ayat di bawah ini :
(Al-Maidah: 72)
Sesungguhnya telah
kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih
putera Maryam".
6.
Kadangkala ada jin yang lari pada
waktu mengucapkan janji. Dalam menghadapi hal ini hendaklah bacakan
berulang-kali di telinga orang yang kerasukan jin tersebut dengan ayat
Al-Qur'an iaitu : (Ar-Rahman 33-36)
Hai jemaah jin dan
manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka
lintasilah, kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Kepada kamu, (jin dan
manusia) dilepaskan nyalaan api dan cairan tembaga maka kamu tidak akan dapat
menyelamatkan diri (daripadanya). Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu
dustakan?"
7.
Kadangkala ada jin yang ingin keluar
tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya, dalam menghadapi hal ini, maka
hendaklah anda membaca Surah Yasin serta azan di telinga orang yang kemasukan
jin tersebut.
8.
Ayat-ayat Al-Qur'an yang dibacakan
itu hendaklah dengan bacaan yang benar, khusyuk dan dengan suara yang dapat
didengar.
9.
Jika jin itu meminta sesuatu syarat
baru dia akan keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu, maka perhatikanlah
dahulu apa syarat yang dimintanya. Jika syarat yang dimintanya itu supaya taat
kepada perintah Allah seperti: "Saya akan keluar dari tubuh orang ini
dengan syarat dia mahu menjaga solatnya atau dia mahu menutup auratnya".
Jika demikian itu syarat yang dimintanya, maka turutilah dia, akan tetapi
haruslah anda jelaskan kepadanya, bahawa ketaatan tersebut bukanlah kerana
mentaatinya akan tetapi kerana taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika permintaan
syaratnya itu supaya melakukan kemaksiatan, maka janganlah diikuti, bahkan
hukumlah dia.
10.
Jika Allah telah mengluarkan jin
tersebut dari tubuh orang yang kerasukan jin itu, maka perintahkanlah kepada
orang yang kerasukan jin itu, begitu juga orang yang hadir, supaya sujud syukur
kepada Allah SWT kerana telah bebasnya dari penganiayaan tersebut. Begitu juga
dengan diri anda haruslah melaksanakan sujud syukur tersebut, kerana Allah SWT
telah memperkenankan permohonanmu untuk menyingkirkan kezalimannya.
11.
Jika anda telah berhasil mengeluarkan
jin tersebut dengan izin Allah, maka janganlah anda katakan: "Saya telah
berhasil mengeluarkan jin tersebut", akan tetapi karakanlah: "Allah
telah mengeluarkan atau menghalaunya". Anda haruslah berhati-hati dalam
hal ini dan janganlah anda sampai terpedaya dengan rayuan syaitan.
12.
Hendaklah anda selalu membaca
buku-buku yang berkenaan dengan masalah jin, seperti buku "Risalatul
Jin" karangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan lain-lain.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Please Leave Your Comment